fbpx

[VIDEO] Lelaki ‘lalok’ tunjuk samseng ugut, cederakan pengguna jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki menendang bahagian hadapan sebuah kereta dalam kejadian di sebuah pam minyak di Taman Parkland, Kluang, semalam.

KLUANG – Seorang lelaki ditahan selepas dirakam mencederakan dan mengugut lelaki lain dalam kejadian di sebuah pam minyak di Taman Parkland di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah di sini memberkas suspek di Taman Berlian Biru di sini pada pukul 10 pagi tadi menerusi Ops Cantas.

Katanya, sebelum itu pihaknya menerima laporan kejadian daripada lelaki berusia 32 tahun selain satu video tular dalam laman Facebook.

“Suspek berusia 28 tahun mempunyai empat rekod dadah dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222.

Terdahulu, tular video kejadian memaparkan pertengkaran antara dua lelaki melibatkan sebuah kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Seorang daripada lelaki itu yang memandu SUV bertindak menendang beberapa kali kereta tersebut sebelum beredar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI