fbpx

Terkena ‘tempias’ Trump, keuntungan Tesla merudum 71 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki melintasi kereta Tesla di pusat beli-belah Beijing, China ,awal bulan ini. - Foto AFP

WASHINGTON – Keuntungan syarikat pengeluar kenderaan elektrik, Tesla jatuh 71 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lapor laman berita ABC News hari ini.

Laporan pendapatan syarikat itu memperlihatkan prestasi yang tidak memenuhi jangkaan penganalisis-penganalisis industri.

Penurunan itu sejajar dengan kemerosotan jualan dan masalah saham syarikat tersebut.

Ia juga berlaku di tengah-tengah bantahan seluruh dunia terhadap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Elon Musk berhubung peranan beliau dalam pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Jumlah perolehan Tesla menurun sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya, menjadi AS$19.3 bilion (RM85 bilion).

Perolehan daripada penjualan kereta pula menjunam 20 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, demikian menurut laporan kewangan.

Butiran kewangan baharu didedahkan ketika beberapa pemegang saham meminta Musk untuk berundur daripada peranannya sebagai penasihat Trump di White House dan kembali sepenuh masa menerajui Tesla. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI