fbpx

Serah kepada pihak berwajib untuk siasat sungai tercemar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) memakaikan Jalur Gemilang kepada Muhammad Alif Imran Mohamed Kamil, 17, (dua dari kanan) selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar Keibubapaan anjuran Yayasan Perak. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

TAPAH – Kerajaan negeri menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bagi menyiasat isu kesucian air sungai yang dikaitkan dengan pencemaran sisa kumbahan babi di sebuah ladang ternakan di Ayer Kuning.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sebarang dakwaan berkaitan kesucian air sungai itu hanya boleh dijawab oleh pihak yang mempunyai autoriti.

“Yang boleh mengesahkan kandungan air sungai itu cukup syarat atau pun tidak untuk mengambil wuduk, bukan saya tetapi JAIPk.

“Saya tidak mahu politikkan isu ini. Biar JAIPk pergi lihat dahulu bukannya ahli politik. Waktu sekarang ini, kalau dijawab pun tak betul juga sebab tujuan mereka ke sana untuk politikkan keadaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Seminar Keibubapaan anjuran Yayasan Perak di Sekolah Menengah Sains Tapah di sini.

Beliau mengulas dakwaan dimainkan Perikatan Nasional (PN) kononnya aliran air sungai di Kampung Poh tercemar sehingga dikatakan tidak suci dan tidak sesuai untuk berwuduk.

Menurut Saarani, isu berkaitan ladang babi di Kampung Tanjung Keramat dekat sini telah pun dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Katanya, Sivanesan telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan menyelesaikan isu berkenaan secara berperingkat dalam tempoh dua tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI