fbpx

‘Nak kurus, orang cakap saya gemuk macam mak ada anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Demi lagu baharu, Iera Milpan sanggup menukar regim diet demi menurunkan berat badan.

PETALING JAYA – Demi kelihatan cantik, sihat dan kurus, penyanyi Iera Milpan mula menjalani rejim diet yang ketat sebelum melancarkan single terbaharu tidak lama lagi.

Menurut Iera Milpan atau nama sebenarnya Syahirah Milpan, 23, dia kini sering ditegur tentang bentuk tubuhnya yang kelihatan semakin berisi di dalam gambar atau video muzik (MV).

“Semua orang berkata, saya sudah gemuk. Di dalam gambar dan MV, saya kelihatan gemuk seperti emak yang ada anak.

“Saya mulakan diet seimbang ini untuk kesihatan saya juga,” katanya.

Tambahnya, Iera nekad untuk menjalani diet adalah disebabkan kecaman yang berunsurkan ‘bodyshaming’ daripada netizen.

“Sebelum saya tandatangan kontrak dengan Rusa , memang saya selalu kena kecam dan kena ‘bodyshaming’ dengan netizen.

“Namun, apabila saya terima kecaman itu, apa yang saya buat adalah diam dan terima sahaja. Saya jadikan sebagai semangat saya untuk berubah lagi ke depan,” katanya.

Sementara itu, bagi kelihatan kurus dan cantik, dia nekad untuk tahan dan tidak makan nasi dalam masa seminggu.

“Saya tidak makan nasi selama seminggu. Pada awalnya, berat saya lebih 60 kg dan sekarang turun ke 51 kg.

“Saya tidak tahan. Tetapi, saya mahu kelihatan cantik, jadi saya harus tahan daripada makan nasi dalam kuantiti banyak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI