fbpx

King cobra melingkar depan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘King cobra’ yang ditangkap di hadapan sekolah di wilayah Surat Thani, Thailand kelmarin. - Khaosod

BANGKOK – Orang ramai berdepan detik cemas apabila seekor ular tedung King Cobra ditemukan melingkar di hadapan sebuah sekolah di wilayah Surat Thani, Thailand, lapor portal berita Thaiger. 

Reptilia itu ditemukan di hadapan Sekolah Komuniti Baan Nang Kam kelmarin. 

Saiznya yang besar menyebabkan ramai pelajar dan guru terkejut. Mereka dengan segera memanggil pasukan penyelamat untuk menangkap ular tersebut. 

Imej yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan beberapa anggota penyelamat dari daerah Don Sak cuba menangkap ular tedung itu di tengah jalan. 

Selepas berjaya ditangkap, ular itu dilepaskan semula ke dalam hutan yang jauh dari manusia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI