fbpx

Kerajaan Kelantan sedia bekerjasama siasat kematian pelajar tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu kepada Wan Ahmad Faris menunjukkan gambar arwah anaknya ketika ditemui pemberita selepas sidang akhbar di sebuah hotel di Kota Bharu baru-baru ini.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri tidak akan mempertahankan pelaku yang menyebabkan kematian pelajar mahaad tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemukan tergantung dalam tandas di Kok Lanas, 12 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Kelantan, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihaknya dan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bersedia memberi kerjasama dan membuka ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

“Kita tidak pertahankan individu yang melakukan kesalahan. Kita membuka ruang seluas-luasnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan.

“Kerajaan bersimpati dengan keluarga dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan pendakwaan,” katanya.

Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat ditemukan dalam keadaan separuh bogel dan tergantung di tandas asrama maahad tahfiz berkenaan pada 14 Disember 2013.

Mayat remaja itu dijumpai oleh penyelia asrama selepas terhidu bau. Pada awalnya kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana tiada unsur jenayah.

Mahkamah Koroner Kota Bharu pada Jun 2016 bagaimanapun memutuskan kematian Wan Ahmad Faris adalah dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI