fbpx

Buku digital bukan saingan, tapi pelengkap ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman ketika merasmikan Majlis Pra Pelancaran PBAKL 2025 di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ketika trend bacaan digital semakin rancak, industri buku fizikal kini berdepan cabaran untuk kekal relevan dan kompetitif dalam pasaran serba mencabar.

Pengerusi Pengelola Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), Mohd. Khair Ngadiron berkata, peningkatan kos bahan mentah terutamanya kertas menjadi faktor utama harga buku cetak melonjak naik.

“Kos makin meningkat, harga kertas pun mahal. Tetapi untuk terus bersaing, kita perlu hasilkan buku berkualiti. Bila buku bermutu, penulis pun akan dapat royalti lebih baik,” katanya.

Beliau berkata, walaupun jumlah cetakan buku tidak setinggi dahulu, nilai jualannya masih mampu menandingi rekod sebelum ini jika kualiti dipertingkatkan.

“Dulu cetak sampai RM400,000 ke RM500,000. Sekarang jual RM200,000 pun dah sama nilai kalau mutu buku berkualiti,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Azman Adnan menegaskan, kemajuan teknologi dan pendigitalan tidak harus dilihat sebagai ancaman kepada buku fizikal.

“Buku cetak dan digital perlu bergerak seiring kerana masing-masing ada peranan penting dalam menyuburkan ilmu.

“Pendigitalan bukan pengganti, sebaliknya pelengkap kepada buku fizikal. Kedua-duanya perlu saling menyokong,” katanya ketika berucap pada Majlis Pra Pelancaran PBAKL 2025 di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka di sini, hari ini.

PBAKL 2025 edisi ke-42 bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dari 23 Mei hingga 1 Jun ini, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI