fbpx

Beli Lamborghini boleh, anak dibiar hutang kereta 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abby Abadi

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas mendedahkan bekas suaminya, Norman Hakim mampu membeli kereta mewah Lamborghini, tetapi membiarkan anaknya membeli kereta secara hutang.

Menerusi perkongsian dalam aplikasi Threads, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, mendedahkan anaknya terpaksa membeli kereta dengan membayar ansuran selama sembilan tahun.

“Banyak lagi yang saya simpan. Cuma sekarang saya terpaksa kongsi serba sedikit untuk bagi kesedaran. Sekarang nampak hebat sebab dah bergelar jutawan. Keluar Lamborghini bagai.

“Tapi dalam masa yang sama anak dibiar berhutang beli kereta. Berhutang sembilan tahun pula tu. Itu yang membuatkan saya ralat. Apalah salahnya belikan kereta Myvi secara tunai untuk anak tu kan?,” tulisnya.

Tambah bekas anggota kumpulan Elite itu lagi, sebelum ini dia cuba pejam mata memandangkan taraf kewangan bekas suaminya itu tidaklah sekaya sekarang.

“Sebelum ini nampak sama taraf dengan saya. Tetapi sekarang dah ‘level’ lain. Nampak berlebih-lebih lagi. Tapi macam terlupa untuk kongsi dengan anak-anak yang dah besar ni,” tulisnya.

Abby juga menyangkal dakwaan netizen yang mengatakan dia sengaja membuat helah pemasaran bagi mempromosikan produk jualannya.

“Strategi pemasaran? Saya tak hidup dan cari rezeki dengan cara macam tu. Saya berniaga untuk mencari rezeki yang baik untuk anak-anak saya. Jangan timbulkan perkara yang tidak ada. Isu yang lebih besar sekarang adalah hak anak-anak saya,” tulisnya.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI