fbpx

Anwar mahu MoU Malaysia-China dilaksana segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi pada sidang akhbar mingguan di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani sempena lawatan Presiden China, Xi Jinping baru-baru ini dilaksanakan dengan kadar segera.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, sebanyak 31 MoU ditandatangani antara Malaysia dan China membabitkan pelbagai kementerian.

“Arahan daripada Perdana Menteri adalah semua MOU ini perlu segera dilaksanakan segera.

“Kabinet telah memutuskan bahawa Kementerian Luar akan menjadi kementerian yang akan menyelaras pelaksanaan bagi MoU yang ditandatangani itu,” katanya pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Katanya, sebagai contoh, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini telah memulakan perbincangan dengan China bagi mewujudkan ‘twin hub’ penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Wilayah Henan, China.

Fahmi berkata, ia adalah perkara yang telah menyaksikan perkembangan yang agak patas dan beberapa pertemuan telah diadakan dalam masa beberapa hari kebelakangan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI