PETALING JAYA – Perancangan sebuah keluarga untuk membuat kejutan hari jadi dengan hadiah kek, tidak menjadi apabila ia terjatuh di atas lantai.
Menerusi video dimuat naik pada TikTok @Yasmin7675, kelihatan seorang remaja lelaki memegang kek tersebut sambil menunggu seorang wanita keluar dari pintu rumah untuk diberikan kejutan.
Bagaimanapun, kejutan tersebut tidak menjadi apabila kek itu jatuh ke atas lantai apabila tangan seorang lelaki yang juga suami wanita tersebut terkena kek berkenaan.
Dalam pada itu, wanita yang diberi kejutan hari jadi turut bergambar bersama kek berkenaan biarpun ia kelihatan rosak selepas terjatuh.
Menjawab pertanyaan orang ramai, pemilik akaun TikTok tersebut menyifatkan kejadian itu sebagai kenangan manis.
“Ni suami ‘birthday girl’ sendiri. Kenangan manis, kelakar betul,” katanya.
Pengguna media sosial turut meninggalkan pelbagai komen selain menyifatkan kejadian itu sebagai satu hikmah.
“Ada hikmah tu, mana tahu kalau tak terjatuh, makan tu sakit perut ke kan,” komen seorang pengguna TikTok.
“Betul lah orang kata, kalau tak ada rezeki. Kuih dah ada di tangan, tunggu nak masuk mulut pun boleh jatuh,” kata seorang individu.
“Tak apa, Allah nak bagi yang lebih baik. Tahun depan pasti ingat balik nanti,” ujar seorang lagi pengguna TikTok. – KOSMO! ONLINE
@cazsrose76♬ original sound – English For Kids – Learn English