PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan yang santai mengait sambil berbaring di atas sofa meraih pujian netizen susulan kemahirannya dalam seni kraf tangan.
Melalui perkongsian oleh @RebeccaBronio di Facebook, turut memaparkan susunan anak patung berbentuk kucing yang selesai dikait oleh kanak-kanak berkenaan.
Kerajinan kanak-kanak perempuan itu yang kelihatan sudah mahir dengan seni mengait tersebut menjadi bualan orang ramai di ruangan komen.
“Hebat kamu dik sambil baring sahaja, kalau Acik mahu bergulung dulu benang itu. Tahniah,” komen @FadhilahHamdan.
“Sambil baring buat duit, bagus sangat. Ramai yang baring sahaja hilang terus tak sempat buat duit,” balas @NorrahimJamar.
“Untung mak ayah dia. Anak dia tidak ketagih nak main telefon, cemburu la kita,” kata @NorfazilahJamiran. -KOSMO! ONLINE.