fbpx

PRK Ayer Kuning: Dua pusat undi awal dibuka pukul 8 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA Bidor, Superintendan Azhar Hashim (tengah) turut melaksanakan tanggungjawab membuang undi pada PRK DUN Ayer Kuning di Batalion 3 PGA Bidor, Tapah hari ini.

TAPAH – Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada pukul 8 pagi ini.

Dua pusat pengundian itu ialah Dewan Anggerik yang terletak dalam Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dan Dewan Rekreasi Pegawai Kanan di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.

Proses pengundian awal yang melibatkan 582 anggota polis dan pasangan itu berlangsung sehingga pukul 12 tengah hari di Kompleks Perumahan IPD Tapah manakala pukul 5 petang di PGA Bidor.

Tinjauan di PGA Bidor mendapati anggota polis dan pasangan tiba awal di tempat pengundian bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Cuaca di lokasi kini mendung namun Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di bandar Tapah namun ribut petir dijangka melanda pada sebelah petang.

Pada pilihan raya kali ini, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, daripada Barisan Nasional (BN) bersaing dengan Abdul Muhaimin Malek, 44, dari Perikatan Nasional (PN) dan Timbalan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI