fbpx

PRK Ayer Kuning: Abd. Muhaimin tawar TEKAD untuk pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABD. MUHAIMIN (tengah) pada sidang media khas PN sempena PRK DUN Ayer Kuning di Pusat Media PN N.48 di Bidor, Tapah hari ini.

TAPAH – Calon Perikatan Nasional (PN), Abd. Muhaimin Malek merupakan calon terakhir daripada tiga calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang membentangkan tawaran atau manifesto untuk pengundi.

Dinamakan TEKAD, tawaran Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah itu berdasarkan tinjauan turun padang sepanjang tempoh berkempen bertemu dengan pengundi dari pintu ke pintu rumah.

“TEKAD ialah T-Tanggungjawab Kesihatan dan Alam Sekitar, E-Ekonomi Rakyat & Usahawan Diperkasa, K-Khidmat Masyarakat, Kebajikan & Keharmonian.

“Selain itu, A-Akses Kemudahan & Infrastruktur Dipertingkat dan D-Dengar Suara Rakyat,” katanya pada sidang media khas PN sempena PRK DUN Ayer Kuning di Pusat Media PN N.48 di Bidor di sini hari ini.

Katanya, tawaran itu bukan bersifat populis tetapi realistik sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat nanti.

“Saya akan memperjuangkan isu pencemaran yang menjejaskan kesihatan penduduk dan saya berhasrat membantu usahawan kecil melalui latihan asas keusahawanan, pertanian moden dan pemasaran digital termasuk penggunaan kecerdasan buatan menerusi kerjasama agensi berkaitan.

“Kita juga akan perkenalkan inisiatif #BuatanAyerKuning bagi mempromosi produk tempatan melalui pendekatan kos rendah dan sokongan komuniti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI