fbpx

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KANGAR – Seorang pelajar tingkatan tiga diserang sawan selepas dipercayai menghisap vape dalam kejadian di sebuah sekolah, di sini pagi tadi.

Pengarah Pendidikan negeri, Rose Aza Che Arifin berkata, berdasarkan siasatan awal, pelajar itu didapati keluar kelas tanpa kebenaran sewaktu menjawab peperiksaan kertas Bahasa Inggeris bersama dua rakannya kira-kira pukul 9.30 pagi.

Katanya, guru yang mengambil tugasan mengawas di kelas itu kemudian melihat pelajar terbabit dipapah dua rakan masuk ke kelas dalam keadaan tanpa sedar dengan mulut berbuih.

“Guru bertugas telah melaporkan kejadian itu kepada pentadbir, seterusnya pihak sekolah turut menghubungi ambulans dan waris pelajar terlibat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal juga mendapati mangsa dipercayai telah menghisap vape bersama rakan di tandas sekolah berkenaan sebelum diserang sawan.

Walau bagaimanapun, jelasnya, jenis vape yang digunakan itu masih belum dapat dikenal pasti oleh pegawai perubatan buat masa ini.

“Pelajar terlibat juga telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

Tambahnya, susulan kejadian itu, pihak sekolah turut menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI