fbpx

Pekerja kontrak tak mengaku patahkan tangan Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dorai Pandian (tengah) tiba di Kompleks Mahkamah Butterworth, pagi tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth, di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang kontraktor bergelar Datuk sehingga menyebabkan tangan kanan mangsa patah, dua minggu lalu.

Tertuduh, M. Dorai Pandian, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas R. Sritharan,43, di medan selera Old Market, Jalan New Ferry di sini, pukul 4.25 petang pada 13 April lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Aini Adilah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 12 Jun depan untuk sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI