JAKARTA – Seorang warga emas ditemukan dalam keadaan lemah di tengah hutan di wilayah Jawa Tengah, lapor portal berita Insert Live semalam.
Penemuan itu berlaku di Desa Beruk, Karanganyar Sabtu lepas.
Nenek misteri yang dikenali sebagai Susi itu ditemukan oleh warga setempat ketika keluar mencari rumput di hutan.
“Wanita itu berada di dalam hutan selama beberapa hari. Keadaan wanita itu lemah dan kurus kerana tidak makan.
“Dia kemudian diberi makan dan dibawa ke Jabatan Hal Ehwal Sosial untuk tindakan lanjut.
“Masih belum jelas bagaimana wanita itu boleh sesat,” demikian menurut pihak berkuasa. – AGENSI