fbpx

Jangan jadikan PRK sebagai platform politik kebencian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Batang Padang di Tapah hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI

 

TAPAH – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak seharusnya menjadi platform untuk menanam politik kebencian dalam kalangan penduduk setempat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja memecahkan komuniti tempatan malah mengancam perpaduan negara.

Katanya, bibit-bibit kebencian yang dilontarkan termasuk sweeping statement’ atau kenyataan yang terlalu menyeluruh tanpa berasaskan fakta itu akan meninggalkan kesan dalam hati rakyat.

“Orang yang datang kempen ini hanya 14 hari selepas itu balik dan yang tinggal penduduk Ayer Kuning. Ini pesta demokrasi, tapi kalau naik pentas dengan maki hamun habislah,” katanya kepada pemberita selepas Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Batang Padang, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI