fbpx

Insentif padi: Kerajaan sudah beri RM1 bilion – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menjelaskan kerajaan sudah meluluskan RM1 bilion untuk merancakkan produktiviti pengeluaran padi di Kedah. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan sudah meluluskan RM1 bilion untuk merancakkan produktiviti pengeluaran padi di Kedah.

Perdana Menteri berkata, peruntukan tersebut diberikan secara berterusan termasuk sebagai insentif khas untuk negeri itu mengekalkan kawasan jelapang padi bagi menjamin bekalan beras negara.

“Kita sudah beri RM1 bilion secara berterusan,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Kedah akan terus berusaha menuntut bayaran RM200 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan sebagai insentif khas atas pengorbanan negeri itu mengekalkan kawasan jelapang padi bagi menjamin bekalan beras negara.

Pihaknya juga menolak cadangan yang dibuat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PlanMalaysia) iaitu bayaran sebanyak RM41 juta setahun melalui Pelan Induk Perancangan Guna Tanah Kawasan Sumber Makanan Negara (KAGUMN).

Katanya, jumlah itu dilihat terlalu rendah berbanding kehilangan hasil yang kita korbankan untuk mengekalkan kawasan tanaman padi dan hutan untuk sumber bekalan air.

Pada 4 Februari lalu, Anwar mengumumkan kerajaan meluluskan RM1 bilion untuk disalurkan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sebagai insentif untuk merancakkan produktiviti pengeluaran padi di Kedah.

Menurut Anwar, program peningkatan produktiviti itu akan dilancarkan pada akhir bulan bagi menjamin penambahan produktiviti sawah yang ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI