fbpx

Hanya empat pasukan lulus lesen AFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGERUSI First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir (tengah) ketika Mesyuarat FIB ke-10 di Wisma FAM, hari ini. - MFL

KUALA LUMPUR – Hanya empat daripada enam pasukan Liga Super mendapat kelulusan untuk diberikan lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi kitaran 2024-2025.

Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif, berkata kelab yang membuat permohonan adalah Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Terengganu FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Penang FC.

“Hanya empat kelab sahaja yang telah berjaya mendapatkan Lesen Pelesenan Kelab AFC kitaran 2024-2025 iaitu JDT, Selangor FC, Sabah FC dan Penang FC manakala baki dua kelab lagi tidak berjaya mendapatkan Lesen AFC iaitu Terengganu FC dan KDA FC.

“Pihak FIB mengucapkan tahniah kepada semua kelab yang telah berjaya memperoleh Lesen Pelesenan Kelab AFC kitaran 2024-2025 dan mengucapkan penghargaan atas komitmen daripada kelab Terengganu FC dan KDA FC atas kesungguhan untuk melengkapkan Lesen AFC,” katanya.

Dalam masa sama, Sheikh Mohd Nasir menjelaskan pihaknya berharap ada penambahan kelab lain akan memohon dalam kitaran seterusnya bagi terus mengekalkan taraf kompetitif Liga Super Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI