fbpx

Ejen, pembantu klinik pula ditahan kes ‘bayi segera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ejen (kanan) dan pembantu klinik (bertudung) ketika selesai permohonan reman hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Komplot pemalsuan butiran pengesahan kelahiran ‘bayi segera’ terus dibongkar apabila dua lagi individu direman hari ini.

Dua wanita masing-masing pembantu klinik swasta dan ejen berusia 43 dan 49 tahun tiu direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali selepas membenarkan permohonan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, kedua-dua suspek itu ditahan pada pukul 1.10 hingga 1.15 tengah hari semalam di Pejabat SPRM Selangor di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati ejen berusia 49 tahun itu menguruskan dan menyediakan dokumen-dokumen pengesahan kelahiran bayi dari hospital di sekitar Selangor.

“Pembantu klinik pula menyamar sebagai penjawat awam bagi membantu urusan permohonan pendaffaran kelahiran dengan bayaran RM10,000 bagi seorang pemohon.

“Mereka disyaki berpakat dalam urusan pemalsuan borang daftar kelahiran ‘bayi segera’ itu,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Menurut sumber, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan individu lain yang terlibat dalam kegiatan sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Kosmo! sebelum ini melaporkan perbuatan 14 individu termasuk tiga wanita memalsukan butiran pengesahan kelahiran ‘bayi segera’ mereka terbongkar selepas ditahan dalam Ops Birth pada 15 April lalu.

Kesemua mereka yang berusia 28 hingga 49 tahun itu dipercayai membayar ejen serendah RM5,000 hingga RM80, 000 bagi menguruskan dan menyediakan dokumen pengesahan kelahiran bayi dari hospital di sekitar Se­langor.

Dokumen itu termasuklah ‘buku pink’ atau rekod kesihatan ibu yang mempunyai pengesah­an doktor.

Malah, siasatan yang dilakukan pihak berkuasa ke atas kumpulan suspek yang memalsukan butiran tersebut mendapati, pembe­lian dokumen turut dilakukan oleh mereka yang belum berkahwin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI