fbpx

Bapa dijel 10 tahun ‘ratah’ anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pembuat mi dijel 10 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar hari ini selepas mengaku salah merogol anak tirinya di sebuah rumah di Tangkak, awal bulan ini.

MUAR – Perbuatan terkutuk seorang pembuat mi merogol anak tiri di ruang tamu sebuah rumah di Tangkak awal bulan ini berbalas apabila lelaki itu dipenjara 10 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh berusia 32 selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh yang bakal menimang cahaya mata ketujuh didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa berusia 13 tahun yang mana hubungan tersebut tidak dibenarkan mengikut undang-undang.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 2 hingga 4 pagi, 6 April lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa sedang tidur di ruang tamu dan tertuduh pulang dari kerja. Sebaik selesai mandi dan makan, tertuduh secara senyap-senyap menghampiri mangsa dan memaksa melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pada masa sama, tertuduh mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa termasuk ibunya.

Kejadian itu terbongkar apabila mangsa mahu melarikan diri dari rumah dan mengadu kepada guru sekolah mengenai insiden yang menimpanya.

Guru itu kemudian menasihati mangsa supaya membuat laporan segera. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Ledang pada 15 April lalu. Tertuduh ditahan pada hari yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Othman Affan Ismail, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling sepanjang di penjara selain pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI