fbpx

10 tahun simpan wang beli Ferrari RM1.3 juta, sempat pandu sekali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Ferrari 'hangus' terbakar di Tokyo. - Foto @Niatan_2525 on X

TOKYO – Sebuah kereta Ferrari yang baru dibeli pada harga 43 juta yen (RM1.3 juta) terbakar selepas dihantar kepada pemiliknya, lapor portal berita MSNews semalam.

Kereta itu terbakar di Lebuh Raya Shuto, Tokyo sejam selepas dihantar kepada pemiliknya.

Menurut media Jepun, pemilik kereta mewah itu ialah seorang produser muzik berumur 33 tahun bernama Honkon.

“Saya rasa saya satu-satunya orang di Jepun yang mengalami masalah seperti ini,” kata  Honkon di platform X.

Menurut Honkon, dia sedang memandu kereta itu apabila mula menyedari asap putih keluar.

Dia pada mulanya menyangka asap itu keluar daripada kereta di sebelahnya.

Namun, dia akhirnya menyedari bahawa keretanya mula terbakar dan menghubungi pihak berkuasa.

Api berjaya dipadamkan kira-kira 20 minit kemudian tetapi Ferrari itu hampir rentung.

Lelaki itu menyimpan wang selama 10 tahun untuk membeli sebuah Ferrari 458 Spyder, namun kesal kereta idamannya terbakar ketika memandunya buat kali pertama. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI