fbpx

Watkins lepas geram terhadap pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WATKINS (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas meledak gol pertama Villa ke atas Newcastle. - AFP

BIRMINGHAM – Aston Villa masih belum berputus asa untuk mengejar kelayakan ke pentas Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan selepas membelasah Newcastle United 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Villa memanfaatkan sepenuhnya aksi di Villa Park bagi mengutip tiga mata penuh menerusi jaringan Ollie Watkins, Ian Maatsen, Amadou Onana dan gol sendiri Dan Burn, manakala gol sagu hati Newcastle dijaringkan oleh Fabian Schar.

Pada perlawanan itu, Watkins menggunakan peluang sepenuhnya untuk melepaskan geram terhadap pengurus, Unai Emery selepas dia tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi suku akhir UCL menentang Paris Saint-Germain (PSG) sebelum ini.

“Saya hanya bermain 20 minit dalam kedua-dua pertemuan (suku akhir) menentang PSG. Secara jujur, memang saya sangat kecewa dan marah tidak mendapat banyak minit permainan, beliau (Emery) juga tahu mengenainya.

“Bagaimanapun, beliau adalah pengurus dan saya perlu menghormati keputusan itu. Saya jadikan ia sebagai motivasi dan hari ini (awal pagi semalam) saya dapat menampilkan aksi terbaik,” katanya yang turut mencipta bantuan jaringan buat Maatsen.

Sementara itu, Watkins turut menggesa rakan sepasukan supaya terus mengekalkan fokus dalam usaha memenangi kesemua baki perlawanan EPL bagi memastikan Villa menamatkan saingan di kedudukan lima teratas.

“Kami melakukan tugas yang cukup menakjubkan ketika ini tetapi kami perlu memenangi baki perlawanan musim ini jika tidak mahu terlepas slot untuk beraki dalam Liga Juara-Juara musim depan,” ujar Watkins.

Sebagai rekod, Villa ketika ini menghuni tangga keenam tetapi mengumpul 57 mata sama dengan pasukan di tempat kelima, Nottingham Forest yang menghuni slot terakhir layak ke UCL musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI