fbpx

[VIDEO] ‘Setiap bulan pergi Zoo Negara lawat Fu Wa, Feng Yi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara perkongsian orang ramai di TikTok selepas menerima berita bahawa pasangan panda itu bakal dihantar pulang ke China pada Mei depan.

PETALING JAYA – Berita mengenai kepulangan pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi, ke China pada Mei ini telah menyentuh hati ramai pencinta haiwan, khususnya mereka yang saban bulan melawat Zoo Negara semata-mata untuk melihat gelagat comel pasangan itu.

Pasangan panda yang tiba di Malaysia pada tahun 2014 itu telah menjadi simbol persahabatan erat antara Malaysia dan China, serta daya tarikan utama Zoo Negara selama lebih sedekad.

Seorang pengunjung setia Zoo Negara dikenali sebagai Wahida meluahkan rasa sedih apabila selepas ini dia tidak dapat melihat gelagat serta telatah pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ketika mengunjungi pusat rekreasi itu.

“Setiap bulan pergi Zoo Negara lawat Fu Wa dan Feng Yi. Lepas ini dah tak ada. Sekarang pun tak boleh melawat dekat macam selalu.

“10 tahun membesar di Malaysia. Moga yang jaga nanti akan sayang Fu Wa dan Feng Yi baik-baik macam kami di Malaysia,” katanya dalam satu perkongsian di Threads.

Sementara itu, semakan Kosmo! di platform TikTok mendapati ramai yang berkongi hantaran memuat naik gambar serta video kenangan mereka ketika melawat Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara sebelum ini.

“Tak lama lagi nak balik China ‘mama cantik’ ini. Semoga Feng Yi baik-baik sahaja,” kata Nadwah Adawiyah.

“Masanya sudah tiba, bukan hak kita haruslah dipulangkan. Yang penting Fu Wa dan Feng Yi sihat sentiasa. Special thanks (terima kasih yang istimewa) buat penjaga (di Zoo Negara),” kata Anisezzz.

“Selamat jalan Feng Yi dan Fu Wa. Jaga diri baik-baik. Rindu. Tak pergi lagi dah rasa kehilangan. Apa-apa pun bangga kerana selama 10 tahun pasangan panda ini di Malaysia, segalanya dijaga dengan baik. Hebat rakyat Malaysia,” kata Suraya. – KOSMO! ONLINE

@anisezzz Masa nya dah tiba, bukan hak kita haruslah dipulangkan balik. Yang penting Fuwa & Fengyi sihat sentiasa.Special thank you to daddy2 keeper! Love but never forget🐼🐾❤️❤️🇲🇾 #fengyi #fuwa #panda #chengdu #malaysia #zoonegara #giantpandamalaysia #fyp #foryoupage #tiktokmalaysia ♬ bunyi asal – M.Riduan_Oficial92 – M.riduan_official92

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI