fbpx

‘Saya tiada pengalaman’ – Fail cerai, Nora Ariffin tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERBA hitam, penyanyi Nora Ariffin hadir ke mahkamah hari ini untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap Dr. Rushdi. - AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Nekad untuk bercerai, penyanyi Datuk Nora Ariffin tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sekitar pukul 9.30 pagi bagi memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli.

Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, memohon doa yang baik memandangkan dirinya masih baru menghadapi proses perceraian.

“Saya baru nak masuk tidak tahu apa di dalam. Tak ada pengalaman lagi.

“Apa pun terima kasih sudi hadir.

“Saya minta yang baik-baik dan insya-Allah doa yang baik-baik sahaja lah,” katanya kepada Kosmo! Online, di sini, hari ini.

Tidak keseorangan, Nora yang lengkap berpakaian hitam juga ditemani anak perempuannya, Puteri Dahlia.

Sebelum ini, pelantun lagu Di Persimpangan Dilema itu mengejutkan ramai apabila memuat naik foto hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dipercayai ingin memfailkan perceraian terhadap Dr. Rushdi selepas didakwa didesak pihak ketiga.

Sementara itu, Dr. Rushdi pula tampil bersuara memihak Nora dan mengakui menerima tekanan daripada pihak lain agar berpisah dengan Nora.

Baru-baru ini, Nora sekali lagi meluahkan hasrat untuk memfailkan perceraian selepas gagal menemui titik penyelesaian.

Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI