fbpx

Satu maut, lima cedera Toyota Prado masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan mangsa yang remuk selepas terbabas ke dalam gaung di Jalan Jiwa Murni sebelum Punan Bar, Belaga.

BELAGA – Seorang maut manakala lima yang lain cedera selepas Toyota Prado dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Jalan Jiwa Murni dekat Punan Bar di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia akibat dihempap kenderaan yang dipandunya itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Bintulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 4.15 petang semalam dan setibanya pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga di lokasi mendapati kenderaan dinaiki tiga lelaki dan tiga wanita itu berada di dalam gaung yang berkedalaman 15 meter daripada jalan raya.

Katanya empat mangsa dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Belaga.

Seorang mangsa wanita berada di luar kenderaan dengan mengalami kecederaan pada kepala dan telah dikeluarkan daripada gaung tersebut oleh pasukan bomba lalu diserahkan kepada Klinik Kesihatan Belaga untuk tindakan selanjutnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI