fbpx

Sampai ‘anxiety’ hadap soalan puaka mak cik-mak cik balik raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Sambutan Hari Raya Aidilfitri sepatutnya menjadi masa untuk bergembira, berkumpul bersama keluarga dan merapatkan silaturrahim.

Namun bagi Nurul, sambutan raya tahun ini adalah antara yang paling mencabar dari segi emosi apabila dia disoal bermacam-macam soalan terutama berkaitan jodoh dan rumah tangga.

“Saya tak pernah rasa sepenat ini mental dan emosi hanya sebab balik kampung. Sampai ‘anxiety’ saya hadap soalan puaka dari mak cik-mak cik di kampung masa raya.

“Tiap kali raya, soalan dia sama, ‘bila nak kahwin?’, ‘takkan tak ada siapa lagi?’, ‘pilih sangat ke?’ Sampai saya rasa macam satu kegagalan besar dalam hidup apabila berada pada usia 35 tahun masih hidup membujang,” luahnya menerusi satu catatan di Facebook baru-baru ini.

Kata Nurul, setiap tahun suasana perayaannya sering bertukar kepada sesi soal jawab yang menyakitkan hati.

“Saya balik ke kampung, ziarah saudara mara dengan niat nak meraikan raya, tapi akhirnya saya duduk dalam bilik, menangis sorang-sorang. Anxiety saya jadi makin teruk sebab rasa macam hidup saya dinilai hanya berdasarkan status perkahwinan,” katanya.

Luahan wanita itu turut menerima pelbagai reaksi daripada pengguna yang lain dan ramai berkongsi nasib sama apabila mereka digelar ‘anak dara tua’.

“Beginilah juga hidup saya, sebab itu jadi benci nak jumpa saudara mara. Sebab mulut hubungan keluarga makin renggang. Kalau mereka tak pandai jaga hati kita, buat apa kita sibuk nak menghargai mereka,” kongsi Syafinaz.

“Dah 2025 masih pemikiran sama. Sibuk hal nasib, jodoh orang. Cukuo doakan yang terbaik. Bukan perli tentang nasib orang,” komen Syikin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI