PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak dan Labuan hingga malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).
“Hujan lebat dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
“Amaran yang sama dikeluarkan di Kelantan melibatkan Kuala Krai, Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor,” katanya.
Menurutnya, Sarawak turut dijangka mengalami hujan lebat di kawasan Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Cuaca sama turut melanda Sabah melibatkan kawasan pedalaman , Pantai Barat, Tawau (Tawau) dan Kudat (Kota Marudu) dan Labuan.-KOSMO! ONLINE