fbpx

PRK Ayer Kuning: Persiapan undi awal berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS SPR giat membuat persiapan akhir bagi hari undi awal melibatkan pegawai dan anggota polis serta pasangan esok di Dewan Merdeka Tapah hari ini.

TAPAH – Persiapan akhir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning yang berlangsung esok berjalan lancar.

Tinjauan di Dewan Merdeka Tapah mendapati petugas SPR tiba seawal pukul 8 pagi bagi membuat semakan peralatan dan peti undi.

Beg mengandungi peralatan dan peti undi itu kemudiannya dibawa ke dua pusat mengundi di Dewan Anggerik yang terletak dalam Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah dan Dewan Rekreasi APR Transit di Batalian 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor.

Di DUN Ayer Kuning, seramai 582 pegawai dan anggota polis serta pasangan akan menunaikan tanggungjawab mereka mengundi awal esok.

Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai seramai 31,897 pengundi berdaftar dengan 56 peratus daripadanya pengundi Melayu, Cina (22 peratus), India (14 peratus) dan lain-lain (lapan peratus).

Pilihan raya kecil di DUN tersebut diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI