fbpx

Pokok tumbang, banjir kilat di Jalan Kuching

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian pokok tumbang dan banjir kilat di Jalan Kuching, Kuala Lumpur berikutan hujan lebat sejak awal petang tadi.

KUALA LUMPUR – Satu kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di Jalan Kuching, di sini menyebabkan kesemua lorong tidak boleh dilalui kenderaan ekoran hujan lebat sejak awal petang tadi.

Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat (KLCCC) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, kejadian itu berlaku berhampiran Jalan Tuanku Abdul Halim menghala ke ibu negara.

Katanya, ekoran kejadian itu, hanya lorong kanan dibuka kepada kenderaan sementara kerja mengalihkan pokok sedang dilakukan.

Dalam pada itu, laluan yang sama turut dilanda banjir kilat di kedua-dua hala berhampiran Bulatan Segambut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI