PETALING JAYA – Plus Malaysia Berhad (Plus) akan menjalankan kerja penyelenggaraan jalan di Plaza Tol Seafield (lorong keluar) di Lebuh raya Utara-Selatan bermula esok.
PLUS dalam kenyataan berkata, susulan itu satu lorong paling kiri (lorong kenderaan berat dan lebar) di Laluan keluar – K24 Plaza Tol Seafield akan ditutup sementara selama enam hari bermula 8 pagi esok hingga 12 tengah malam, 27 April bagi membolehkan kerja-kerja tersebut dijalankan.
“Sehubungan itu, pengguna kenderaan berat yang melebihi had lebar dinasihatkan supaya menggunakan laluan keluar menerusi Plaza Tol USJ atau Plaza Tol Ebor (Arah Selatan) sepanjang tempoh kerja-kerja tersebut dijalankan.
“Justeru, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini,” katanya.
Katanya, pemandu juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS (Petugas Lebuhraya) ketika melalui kawasan terbabit.
“Pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Pembantu Maya PUTRI, Aplikasi X@plustrafik, Papan Tanda Elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih.
“Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan,” katanya. – KOSMO! ONLINE