fbpx

Ketua balai polis kantoi dadah ditukar ke Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi (tengah) bercakap pada sidang akhbar kejayaan pihaknya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis ganja di sini hari ini. Foto oleh MUHAMMAD NAIM HELMI HAFIDZI

KUALA LUMPUR – Seorang ketua balai polis yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah semasa berhibur di sebuah pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya, Jumaat lalu bakal berdepan tindakan tatatertib.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pegawai berusia 43 tahun itu yang bertugas di sebuah balai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur turut menerima arahan pertukaran ke IPK Pulau Pinang serta-merta.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku jenayah yang melibatkan mana-mana pegawai atau anggota polis tanpa mengira pangkat.

“Seramai 17 orang ditahan dalam operasi itu dan salah seorang daripadanya adalah pegawai polis terbabit yang didapati positif dadah. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tindakan tegas akan diambil.

“Tindakan tatatertib akan menyusul kerana mengambil dadah dan ujian air kencing positif adalah satu kesalahan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Rusdi menjelaskan bahawa pertukaran pegawai terbabit ke Pulau Pinang telah dikeluarkan pada hari sama ketika ditahan, namun hanya diumumkan lewat sedikit.

Beliau turut mengingatkan bahawa anggota polis tidak dibenarkan berada di pusat hiburan kecuali atas urusan kerja dan perlu mendapat kebenaran daripada ketua mereka.

Terdahulu, media melaporkan polis mengesahkan penahanan seorang ketua balai polis selepas berhibur dan mengambil jus disyaki mengandungi dadah di sebuah pusat hiburan.

Penahanan pegawai kanan itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada pukul 5.05 petang selepas pemeriksaan mengejut hasil aduan dan maklumat.

Malah ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin dan benzo. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI