KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh dari sebuah blok kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Empat Tin, Kampung Batu, Sentul, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2.24 petang tadi.
Katanya, kanak-kanak berusia 12 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat enam bangunan berkenaan.
“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – KOSMO! ONLINE