fbpx

‘Bayangkan jika dalam nasi kita, ada orang letak pasir’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kata Nora, dia memfailkan cerai kerana ingin melindungi diri – AFIQ RAZALI.

SHAH ALAM – Perlu melindungi diri dan kerjaya, penyanyi Datuk Nora Ariffin memberi bayangan kemelut rumah tangga dilalui meninggalkan kesan mendalam yang sukar untuk diungkapkan.

Atas alasan itu, Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 52, mengakui terpaksa mengambil langkah memfailkan permohonan perceraian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.

“Kami semua cari makan. Bayangkan jika dalam nasi kita, ada orang letak pasir.

“Saya bukan orang kaya, jadi saya kena buat sesuatu untuk melindungi diri saya dan kerjaya saya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor, hari ini.

Hari ini, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor sekitar pukul 9.30 pagi tadi.

Dia turut hadir bersama anak perempuannya, Puteri Dahlia dan juga peguamnya Sarah Mohd. Ali.

Sebelum ini, menerusi kenyataan media, Nora memaklumkan usaha memulihkan rumah tangganya dengan Dr. Rushdi sudah melalui pelbagai peringkat termasuk sesi pertemuan dan perbincangan bersama pihak terbabit tetapi masih tidak mencapai penyelesaian.

Malah, Nora menegaskan bahawa konflik tersebut telah menjejaskan keselamatan serta merosakkan reputasi sebagai seorang artis yang sudah bergiat lama dalam industri muzik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI