fbpx

Usah terpedaya pakej haji palsu, agensi tidak bertauliah – Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin berkenan menyantuni bakal jemaah haji pada majlis tersebut.-FOTO SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan jemaah haji tidak terpedaya dengan pakej palsu agensi tidak bertauliah bagi menunaikan rukun kelima Islam itu.

Baginda bertitah, umat Islam tidak boleh menganiaya sesama Islam dengan mengambil kesempatan mengadakan pakej haji palsu untuk mengaut keuntungan secara menipu.

“Ingatlah bahawa agama Islam melarang umatnya menipu dan Allah akan membalas segala dosa mereka yang memperdayakan orang lain.

“Beta berharap pada masa akan datang tiada lagi kes jemaah haji ditipu ejen yang tidak bertauliah. Diharap kerajaan memandang serius mengenai perkara ini,” titah baginda ketika menyempurnakan penutupan Kursus Perdana Haji Musim 1446 Hijrah Peringkat Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Kursus anjuran Lembaga Tabung Haji (TH) itu disertai seramai 8,338 bakal haji negeri ini dalam mempersiapkan diri bagi fasa akhir sebelum berangkat ke Tanah Suci bulan depan.

Sultan Sharafuddin menegaskan, kuota menunaikan ibadah haji amat terhad bagi setiap negara dan telah ditentukan kerajaan Arab Saudi serta memanfaatkan peluang sebaik-baiknya bagi memperoleh haji mabrur.

“Kita bersyukur kerana TH menjaga dan menguruskan kebajikan jemaah haji. Jangan guna agensi lain yang tidak diketahui latar belakangnya sehingga tertipu dan ibadah menjadi tergendala,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI