fbpx

RM2.6 bilion dana AIM belum dimanfaatkan secara maksimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan ketika sidang akhbar di Majlis Rumah Terbuka AIM hari ini. Foto oleh AMAL HAYATI FAUZI

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM2.6 bilion telah diperuntukkan melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi membantu golongan usahawan, namun masih ramai yang belum memanfaatkan peluang tersebut.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan berkata, dana besar itu sepatutnya digunakan sepenuhnya, terutama oleh golongan yang memerlukan untuk memajukan perniagaan mereka.

“Sedih bila tengok ada dana yang tidak habis digunakan. Peluang dah ada, duit pun ada, tetapi masih ramai yang tidak tampil ke depan. AIM tidak boleh ketuk pintu tanya siapa yang perlukan bantuan,” katanya.

Ramanan juga menegaskan bahawa sepanjang beliau berkhidmat di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), AIM tidak pernah menolak sebarang permintaan, termasuk penubuhan program khas seperti program Prosperity Empowerment and A New Normal for Indian Women (PENN) untuk komuniti wanita India.

“Pengurusan AIM sangat efisien. Kadar pinjaman tak berbayar (NPL) tahun ini hanya 0.02 peratus. Pemimpin luar negara pun kagum dan ingin tahu bagaimana kita dapat mencapai tahap ini,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan AIM, Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz, turut mengucapkan terima kasih atas sokongan kerajaan, termasuk kelulusan tambahan RM100 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tahun ini, kita menyediakan RM2.6 bilion untuk diagihkan kepada mereka yang layak. RM100 juta tambahan yang diumumkan sebelum ini juga masih dalam proses pengagihan,” katanya.

Beliau menegaskan, AIM sentiasa bersedia untuk membantu, namun kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan untuk merebut peluang yang ada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI