fbpx

Ribut petir di Selangor, Melaka hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka sehingga 12 tengah hari ini.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.

“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di beberapa kawasan yang terjejas di Negeri Sembilan termasuk Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Melaka melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI