fbpx

Pakej Umrah Khas Andalusia tawar lebih keistimewaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Daud (kanan) bersama salah seorang jemaah yang mengikuti pakej umrah khas ditawarkan Andalusia di Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Seramai 566 jemaah yang mengikuti Pakej Umrah Khas Penutupan Musim ditawarkan Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dengan harga RM5,490 seorang bakal menikmati pelbagai keistimewaan di Tanah Suci.

Antara keistimewaan itu termasuklah jemaah dapat menunaikan umrah di Tanah Suci dalam suasana kurang sesak berikutan memasuki akhir musim sebelum bermulanya ibadah haji.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, penawaran pakej itu dibuat selepas pihaknya membuat keputusan membuka semula pakej umrah menggunakan visa pelancong kepada jemaah.

Katanya, sebelum ini Arab Saudi telah mengeluarkan arahan jemaah yang menggunakan visa umrah perlu masuk ke negara itu sebelum 13 April dan keluar selewatnya pada 29 April ini.

“Bagaimanapun, bagi jemaah yang menggunakan visa pelancong, kerajaan Arab Saudi masih lagi memberi kelonggaran untuk mereka masuk bagi menunaikan umrah.

“Pakej umrah itu adalah kerjasama bersama AMAL by Malaysia Airlines dengan penerbangan ke Tanah Suci disediakan pada 19 dan 20 April,” katanya pada pemberita pada Majlis Penutup Kumpulan Umrah Terakhir Pakej 1446H (2024/2025M) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini tadi.

Menerusi pakej khas itu, Andalusia dan AMAL by Malaysia Airlines berjaya menurukan harga daripada RM7,890 kepada RM5,490 untuk orang ramai menunaikan umrah selama 12 hari di Tanah Suci.

Katanya, pihaknya juga menzahirkan harapan agar kumpulan jemaah tersebut dapat menunaikan ibadah dalam suasana tenang selain berpuas hati dengan perkhidmatan ditawarkan Andalusia.

“Arab Saudi menawarkan kemudahan itu (visa pelancong) kepada semua ejen pelancong, tetapi hanya Andalusia saja yang terima, tentulah kami harapkan layanan yang lebih baik.

“Ini kerana, ketika ini banyak jemaah sudah diarahkan keluar, namun kita dapat masuk. Tentulah keadaan di sana lebih lapang dan jemaah dapat lebih dekat dengan Kaabah,” jelasnya.

Hari ini, seramai 283 jemaah pakej khas bakal berangkat ke Tanah Suci, manakala 283 lagi jemaah telah berlepas semalam menerusi penerbangan MH156 milik Malaysia Airlines.

Untuk rekod, Andalusia berjaya menguruskan lebih 800,000 jemaah umrah dan haji dengan sempurna daripada segi pengurusan dan bimbangan sejak ditubuhkan 23 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI