fbpx

Liverpool tunggu masa julang trofi EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SLOT tersenyum gembira mengetahui pasukannya hanya memerlukan enam mata lagi untuk ditabalkan juara musim ini. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui pasukannya sudah berada di ambang kejuaraan dan kini mengharapkan tuah untuk ditabalkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris (EPL) lebih awal pada aksi bertemu Leicester City di Stadium King Power malam ini.

Sebagai rekod, The Reds kini semakin selesa apabila memiliki kelebihan 13 mata berbanding pencabar terdekat, Arsenal ketika saingan hanya berbaki enam perlawanan untuk tamat.

Namun, Liverpool berpeluang untuk mengesahkan status juara lebih awal jika berjaya menewaskan The Foxes selain mengharapkan Arsenal tewas kepada Ipswich Town malam ini.

Kata Slot, bila dan di mana pasukannya akan melakar kemenangan bukanlah satu isu besar, sebaliknya menyeru semua pemain untuk berikan yang terbaik dengan memburu tiga mata berharga.

“Saya tidak mahu pasukan terlalu gembira dengan prestasi semasa. Sebagai jurulatih, saya mahu pasukan kekal fokus dan perlu mencari kemenangan pada minggu ini untuk mencerahkan peluang bergelar juara liga,” katanya.

Liverpool memburu trofi kedua dalam sejarah penganjuran EPL selepas menang kali pertama sejak edisi 2020 ketika dibimbing Jurgen Klopp.

Sementara itu, Slot turut memberi bayangan The Reds tidak akan berbelanja besar pada jendela perpindahan akan datang selepas berjaya melanjutkan kontrak dua bintang utama, Virgil van Dijk dan Mohamed Salah.

“Fokus sekarang adalah untuk mengekalkan pemain sedia ada dan jika ia berjaya dilakukan, mungkin kami mampu mencapai sasaran yang lebih baik pada musim depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI