PETALING JAYA – Kenyataan kontroversi bahawa wanita yang mengambil epidural ketika bersalin dianggap menggunakan ‘cheat code’ telah mencetuskan gelombang kecaman hebat di media sosial.
Ramai netizen, khususnya kaum wanita rasa kecewa dan marah seolah-olah kenyataan itu merendahkan pengorbanan merekq terutama dalam menguruskan kesakitan bersalin.
Isu ini hangat diperdebatkan di media sosial selepas seorang pempengaruh didakwa memperlekehkan bekas isterinya yang bersalin dengan menggunakan bantuan suntikan epidural.
Menerusi sebuah portal kesihatan, epidural merupakan salah satu kaedah pengurusan kesakitan yang sah dan selamat, digunakan secara meluas di hospital seluruh dunia.
Ia membantu mengurangkan kesakitan bersalin tanpa mengganggu proses kelahiran secara signifikan.
Namun, tanggapan bahawa penggunaan epidural adalah ‘jalan pintas’ atau cara ‘menipu sistem’ telah mencetuskan perdebatan hangat mengenai stigma terhadap wanita yang membuat pilihan ini.
“Tiada siapa berhak menilai cara seseorang bersalin. Sakit bersalin itu tidak mudah, dan tiada siapa yang layak menghakimi keputusan seorang ibu,” kata Azura.
“Mari sini bagi doktor robek kau punya, baru tahu sakitnya nak bersalin. Agak-agak kalau kau yang melalui sakit bersalin, terus taubat nasuha,” perli Syahidah.
“Sedpa mulut kau kata kaum wanita guna epidural sebagai ‘cheat code’. Kau tahu perjuangan bersalih hampir hilang nyawa?,” soal Ayuni. – KOSMO! ONLINE