fbpx

Jarang di rumah, Anwar bawa cucu datang pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar membawa cucu-cucunya ke pejabat di Putrajaya.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang masa lapang untuk membawa cucu-cucunya melawat pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Anwar dalam satu hantaran di laman X berkata, beliau berbuat demikian susulan cucu-cucunya sering merungut kerana beliau jarang berada di rumah.

“Cucu merungut kenapa saya jarang di rumah.

“Depa (mereka) tak tahu tugas untuk negara tidak mudah. Lantaran itu saya bawa depa mai (datang) pejabat tengok saya bekerja,” katanya di sini tadi.

Turut disertakan dalam hantaran itu beberapa gambar memaparkan Anwar bersama cucu-cucunya berbual di pejabatnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana bekerja kuat untuk rakyat negara ini.

“Terima kasih PMX selama lebih dua tahun mengabdikan diri kerja dan kerja untuk Malaysia. Semoga diberi kesihatan yang baik dan Malaysia berada dalam keberkatan,” kata Wan Ahmad.

“Alhamdulilah, semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan PMX dan Malaysia,” kata Ahmad Puaat.

“Terbaik, bagi semangat untuk cucu menjadi pemimpin yang baik,” kata Ag Mohd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI