fbpx

EPL: Man. United hantar ‘budak sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEJANDRO Garnacho (kiri) antara pemain utama yang bakal direhatkan menentang Wolves malam ini. - AFP

MANCHESTER – Kemaraan ke separuh akhir Liga Europa nyata membawa perubahan buat Manchester United apabila tidak lagi menjadikan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai keutamaan mereka musim ini.

Sebaliknya, pengurus United, Ruben Amorim menyuarakan hasrat untuk menurunkan barisan pemain muda dalam saingan liga bagi memberi ruang buat bintang-bintang utama mendapat rehat mencukupi.

Tindakan itu boleh dianggap wajar memandangkan Liga Europa merupakan satu-satunya peluang buat The Red Devils untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan dengan syarat mereka perlu menjadi juara.

Justeru, United dijangka memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pemain-pemain muda, termasuk produk akademi menjelang aksi menentang Wolverhampton Wanderers di Old Trafford malam ini.

“Sekarang kami perlu memberikan keutamaan kepada saingan Liga Europa dan saya mungkin mengambil risiko dengan menurunkan pemain-pemain dalam EPL. Saya perlu buat keputusan ini.

“Saya percaya penyokong-penyokong juga faham kenapa saya menggunakan pendekatan seperti kerana saingan Liga Europa sangat penting untuk kami pada ketika ini,” kata jurulatih dari Portugal itu.

Terdahulu, United melakukan kebangkitan dramatik menewaskan Olympique Lyon 5-4 dalam aksi suku akhir kedua Liga Europa di Old Trafford kelmarin meskipun ketinggalan 2-4 pada satu ketika, sekali gus mara dengan agregat 7-6. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI