fbpx

Dua sekolah terjejas banjir di Johor dibuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN (kiri) menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Jamuan Serumpun Beraya di Tanjung Surat di Bukit Pelali, di sini hari ini.

KOTA TINGGI – Dua buah sekolah yang ditutup selepas terjejas dengan kejadian banjir di negeri ini akan memulakan pembelajaran secara fizikal esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin berkata sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kangkar Tebrau dan SK Maju Jaya di Seelong yang terjejas sejak hujung bulan lalu.

Katanya selepas banjir reda, sekolah-sekolah itu dikesan mengalami kerosakan teruk akibat banjir, sehingga pelajar dan guru melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama lebih dua minggu.

“Sekarang banjir beransur pulih dikawasan Johor Bahru, sekarang ini kawasan Segamat pula banjir. Sekolah-sekolah yang terjejas banjir akan kembali menjalankan pembelajaran secara fizikal bermula esok,”katanya pada Jamuan Serumpun Beraya di Tanjung Surat di Bukit Pelali, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI