fbpx

Dua beranak ‘ditelan’ lubang benam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah lubang benam gergasi muncul di bandar Valdagno, Itali. - Kosova Press

ROM – Seorang bapa dan anak lelakinya maut ditelan lubang benam gergasi yang muncul di tengah jalan selepas ribut kuat melanda Itali, lapor akhbar Daily Mail. 

Lubang benam itu terbentuk selepas ribut Hans membadai negara-negara Kesatuan Eropah (EU) termasuk Sepanyol, Switzerland dan sebahagian Itali kelmarin.

Cuaca ekstrem itu juga membawa hujan lebat, banjir kilat dan salji tebal. 

Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai Leone dan Francesco Nardon, yang masing-masing berusia 64 dan 33 tahun. 

“Mereka terkorban apabila kereta dinaiki terjatuh ke dalam lubang benam di bandar Valdagno, wilayah Vicenza. 

“Kenderaan mereka jatuh ke dalam lubang benam sebelum ditemukan di Sungai Agno,” kata pihak berkuasa.

Portal berita Kosova Press melaporkan, kedua-dua mayat ditemukan selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI