fbpx

‘Awak sangat menjijikkan’ – Anak bongsu Rozita tempelak Rebecca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK bongsu Rozita, Maryam Nur Imani tampil mempertahankan kakak iparnya, Datin Shahida yang diburuk-burukkan oleh Rebecca.

PETALING JAYA – ‘Cakap dekat diri sendiri. Awak sangat menjijikkan.’

Demikian pula tempelak pedas anak usahawan Rozita Ibrahim, Maryam Nur Amani terhadap pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam yang didakwa menuduh kakak iparnya, Datin Shahida menumpang populariti serta kemewahan abang dan ibunya.

Anak bongsu daripada perkahwinan terdahulu Rozita, 61, itu menyifatkan segala kenyataan dilemparkan Rebecca terhadap isteri Datuk Aliff Syukri ibarat bercakap kepada cermin sendiri.

“Kata seseorang yang gila pengikut dan kemasyhuran. Salah orang kau nak kacau!

“Cakap dekat diri sendiri. Awak sangat menjijikkan,” luah Amani menerusi Instagram.

Amani juga mendakwa ibunya yang dikenali sebagai Bonda Rozita itu pernah menyatakan ketidakselesaan terhadap tindakan Rebecca, 39, yang sering memuat naik gambar dan video mereka dalam media sosial.

Namun katanya, teguran itu langsung tidak diendahkan pelakon terbabit.

“Dia (Bonda Rozita) sendiri dia tidak berasa selesa anda menyiarkan gambar dan video itu, namun anda masih melakukannya.

“Saya rasa Datin (merujuk kepada Shahida) tak bodoh, yang bodoh itu awak,” jelasnya.

Sebelum itu, Rebecca memuat naik video penjelasan mendakwa dirinya diserang seorang individu yang digelar ‘makcik bodoh’ dipercayai merujuk kepada Shahida.

“Kaya tapi bodoh si mak cik bodoh. Kau yang gila glamour! Gila content! Salah orang la kau nak kacau,” tulis Rebecca dalam satu hantaran.

Pergelutan terbuka antara Rebecca dan keluarga usahawan sensasi itu dipercayai berpunca selepas pelakon berkenaan memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu menumpang populariti, dipercayai milik Shahida. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI