fbpx

Arsenal berisiko jatuh ke tempat ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL masih segar dengan kejayaan mara ke separuh akhir UCL selepas menewaskan Real baru-baru ini. - AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap pasukan itu dapat menamatkan kemarau kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat dua keputusan seri berturut-turut.

Walaupun beraksi cemerlang di pentas Eropah dengan melayakkan diri ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL), namun prestasi The Gunners dalam saingan domestik agak goyah dan hampir terlepas takhta liga.

Menjelang aksi menentang pasukan dalam zon penyingkiran, Ipswich Town di Portman Road malam ini, Arteta menggesa pemain-pemainnya supaya tidak memandang rendah kemampuan pasukan lawan.

“Bagi kami, ia satu perlawanan yang besar kerana kami perlu memenangi baki saingan musim ini jika untuk sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan sekarang. Aksi penghujung liga sentiasa menjadi cabaran sukar.

“Kami tahu ia tidak akan menjadi satu perlawanan mudah kerana mereka merupakan satu pasukan yang sangat tersusun. Anda semua boleh lihat bagaimana bermain, termasuk ketika menentang pasukan besar,” katanya.

Mengambil kira kebangkitan dipamerkan pasukan di tangga ketiga, Newcastle United yang kini hanya dibezakan empat mata dengan Arsenal, Arteta tidak mahu pemain-pemainnya masih dibuai dengan kejayaan ke separuh akhir UCL.

“Kedudukan kami sebelum ini agak kukuh tetapi selepas dua keputusan seri, segalanya sudah berubah. Kredit kepada Newcastle yang bermain cukup baik, jadi kami perlu meningkatkan kualiti dan mula catat kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI