fbpx

1,500 tetamu, usahawan meriahkan rumah terbuka AIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan ketika memberi sumbangan hari raya kepada kanak-kanak yang hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri AIM. Foto oleh AMAL HAYATI FAUZI

PETALING JAYA – Lebih 1,500 tetamu memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang berlangsung penuh meriah yang berlangsung di Bandar Sri Damansara di sini hari ini.

Majlis tersebut diadakan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri serta mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan AIM, sahabat usahawan dan para tetamu jemputan khas.

Antara tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah AIM, Datuk Seri Dr Syed Hussian Syed Junid, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Sri Ramanan Ramakrishnan serta Pengarah Urusan AIM, Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz.

Lebih 1,500 orang hadir ke majlis berkenaan, termasuk wakil masjid, pengurusan jenazah serta Masjid Sungai Buloh, selain barisan usahawan AIM dari pelbagai cabang perniagaan.

Sebanyak 13 gerai makanan yang disediakan oleh Sahabat Usahawan dari Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur turut menjadi antara tarikan utama para tetamu mengambil peluang menjamu selera dengan pelbagai juadah enak.

Kemunculan beberapa artis popular tanah air seperti Datuk M. Nasir, kumpulan Akustik Fourplay, Ruffedge dan Fian Ali turut menyerikan suasana, sekali gus menghiburkan para tetamu yang hadir.

Majlis ini bukan sahaja menjadi medan silaturahim tetapi turut menonjolkan semangat keusahawanan di kalangan Sahabat AIM yang semakin berkembang maju di bawah sokongan agensi tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI