fbpx

USIM persiap 74 pelajar ambilan pertama ke Universiti Al-Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
74 pelajar cemerlang USIM memulakan Kursus Intensif Bahasa Arab di Institut Pengajian Bahasa Arab.

SEREMBAN – Impian menjejakkan kaki ke menara gading tersohor, Universiti Al-Azhar Al-Sharif di Mesir, semakin hampir menjadi kenyataan bagi 74 pelajar cemerlang yang telah memulakan Kursus Intensif Bahasa Arab di Institut Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Kursus yang bermula pada 13 April lalu merupakan sebahagian daripada program persediaan akademik bagi kohort perdana pelajar yang bakal melanjutkan pengajian mereka ke institusi pengajian Islam tertua dan berprestij di dunia.

Menurut Pengarah Institut Pengajian Bahasa Arab USIM, Dr. Sulaiman Ismail, pelaksanaan kursus ini adalah manifestasi kerjasama strategik antara kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar Al-Sharif yang disalurkan melalui USIM.

“Pelajar yang mendapat keputusan pada tahap Mutawassit Thani (tahap 4) akan mengikuti kursus selama tiga bulan, manakala pelajar di tahap Mutaqaddim Awwal (tahap 5) perlu mengikuti kursus selama dua bulan.

“Sementara pelajar di tahap Mutaqaddim Thani (tahap 1) hanya perlu melengkapkan kursus selama sebulan sahaja sebelum mereka layak dihantar ke Universiti Al-Azhar Al-Sharif, Mesir,” katanya kepada pemberita di sini.

Jelasnya, pencapaian membanggakan ini membuktikan bahawa kesemua peserta program telah mencapai tahap pertengahan dan lanjutan dalam penguasaan bahasa Arab, selaras dengan keperluan akademik di peringkat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI