fbpx

‘Tak lain tak bukan, ini memang king’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang kekal dipandu selepas terlibat kemalangan.

PETALING JAYA- Keadaan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang ‘tenang’ menelusuri jalan raya biarpun pintu kirinya remuk mendapat perhatian ramai.

Perkongsian di TikTok oleh @2882khoo memaparkan kereta berwarna merah itu seperti baru terlibat dengan kemalangan seolah-olah tiada masalah berlaku.

Menerusi ruangan komen, kereta itu dipercayai berlanggar dengan lori di plaza tol sehingga mengalami kerosakan teruk pada bahagian pintu.

Rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan aksi pemandu dan penumpang kereta itu yang santai memegang pintu sambil meneruskan perjalanan.

“Mungkin ada yang hairan kenapa tidak panggil penarik kereta kan? Mungkin pemikiran pemilik kereta selagi boleh gerak pegang pintu pun tiada hal,” kata @Iiman.

“Patutlah sejuk sahaja naik motor (motosikal) tadi, rupanya Myvi yang kongsi penghawa dingin,” balas @Kerolacollection.

“Tak dapat pintu Lamborghini pun tidak mengapa, yang penting ada Lambomyvi,” komen @Ey.Mal. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI