fbpx

Russell tenang hitung masa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSELL

LONDON – Pemandu pasukan Formula Satu (F1) Mercedes, George Russell langsung tidak merasai sebarang tekanan walaupun kontraknya bersama pasukan itu bakal tamat penghujung musim ini.

Russell, 27, yang kini muncul tonggak utama Mercedes selepas pemergian Lewis Hamilton ke Ferrari, menegaskan fokus utamanya adalah terhadap prestasi perlumbaan, bukan isu kontrak.

“Dari pihak saya, langsung tiada tekanan. Tiada apa perlu dirisaukan. Dalam dunia F1, kontrak hanyalah sekadar perjanjian di atas kertas kerana semuanya bergantung kepada prestasi.

“Jika seorang pemandu tidak mencapai tahap dikehendaki, mereka akan digugurkan walaupun ada kontrak tiga tahun,” katanya menjelang Grand Prix (GP) Arab Saudi hujung minggu ini.

Spekulasi masa depan Russell hangat diperkatakan sejak beberapa minggu lalu, termasuk dakwaan beliau telah menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun serta khabar angin yang mengaitkannya dengan perpindahan ke pasukan lain.

Namun, Russell tenang menghadapi spekulasi itu dan mengakui rundingan biasanya hanya akan dimulakan sekitar Mei atau Jun.

“Saya cuma mahu memandu dengan pantas dan biarkan masa depan ditentukan kemudian,” ujarnya.

Pelumba kelahiran Britain itu kini menghuni kedudukan keempat dalam senarai kejuaraan dunia selepas aksi cemerlang di Bahrain menyaksikannya menamatkan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Max Verstappen.

Walaupun prestasinya semakin konsisten, Russell percaya masih belum mencapai kemuncak kariernya sekali gus tekad memberikan aksi terbaik sepanjang sesi perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI